Siasat punca b4njir di Bukit Tinggi – Young Syefura

BENTONG – Kerajaan negeri dan kerajaan Pusat melalui kementeri4n serta agensi yang berkaitan diminta untuk segera menyiasat punca kejadian banjir yang berlaku di kawasan Bukit Tinggi di sini.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, kejadian banjir kilat yang terbaharu berlaku di kawasan itu pada petang Ahad adalah kali kedua terjadi dalam tempoh tidak sampai setahun.

Menurutnya, siasatan perlu disegerakan bagi mengen4l pasti sam4 ada berlaku penerokaan atau pembukaan tanah di bahagian atas bukit sehingga menyebabkan bencana itu berlaku.

“Perkara itu perlu diambil perhatian dan tindakan segera agar tidak terus berulang sehingga penduduk menjadi mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Young Syefura berkata, dalam kejadian banjir kilat (kepala air) yang berlaku kira-kira jam 6.30 petang itu, beberapa aliran air baharu dikesan terbentuk akibat runtuhan batu dan laluan di jalan lama Bentong – Kuala Lumpur.

“Runtuhan pernah berlaku di kawasan itu akibat kejadian banjir pada Mei tahun lalu dan baharu selesai dibaik pulih, namun kejadian sama berulang lagi,” katanya.

Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Thomas Su Keong Siong bersama pegawai Pejabat Ahli Parlimen Bentong akan turun kembali ke kawasan itu untuk mendapatk4n maklumat mangsa terjejas bagi urusan bantuan.

“Terima kasih dan penghargaan kepada anggota Balai Polis Bukit Tinggi, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Bomba dan Penyelamat Bentong, Bomba Sukarela Bukit Bintang dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membantu membersihkan kediaman dan kedai mangsa terlibat,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments