10 tahun dal4m bidang akaun, Nor Anida nekad berhenti kerja & buka bisnes makan4n online.

PEMBABITAN awal dalam dunia bisnes bermula selepas beliau berjinak-jinak dengan bisnes jualan tudung.

Kata empunya diri, keputusan itu didorong oleh faktor trend sem4sa dan bukan atas dasar minat dan bakat.

Demikian mukadimah awal Nor Anida Fadzil, pemilik Mykitchenpartner yang ditemu bual SinarPlus baru-baru ini.

“Sebelum memilih bidang makanan, saya telah memulakan perniagaan tudung pada tahun 2014. Namun, tidak bertahan lama, saya tidak dapat meneruskan bisnes tersebut kerana berasakan ia bukan jiwa saya.

“Sementelah, bisnes tersebut berkaitan dengan jahitan, sedangk4n saya minat memasak,” kongsinya yang berganding bahu bersama suami menerajui bisnes makanan bersama.

 

Demi memastikan Mykitchenpartner berjalan dengan sukses, Nor Anida memberitahu, beliau dan suami tak kisah dan sanggup belajar dari bawah termasuklah bab produksi sehingga kepada urusan pelanggan.

SUKA MEMAS4K

Ujar wanita berumur 42 tahun itu, sebelum beralih bidang, beliau pernah berpengalaman 10 tahun sebagai Eksekutif Perakaunan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan sebelum berhenti dan bergelar pensyar4h di Institut Profesional Baitulmal selama empat tahun.

“Kalau mahu diikutkan, sejak dahulu lagi, saya minat memasak dan menjamu orang makan. Waktu bekerja makan gaji, ada sahaja jamuan atau makan-makan. Saya antara orang yang akan tampil secara sukarela untuk menyediakan hidangan utama.

“Awalnya saya menyertai kelas pastri atas dasar minat. Waktu itu, tiada sebarang perancang4n untuk berniaga. Sehinggalah suatu hari, bekas rakan sekerja meminta saya membuat Cream horn.

“Dari situlah titik tolak saya dan suami memulakan bisnes dalam pastri,” ungkap Nor Anida sambil memberitahu, menu pastri Cream Horn paling viral ketika itu sebelum mengambil langkah memperkenalkan signatur terbaharu, nasi daging.

Selepas itu, mereka menyediakan menu Nasi Dalca Ayam Bawang dan kek batik yang menjadi kegemaran ramai.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments