197 kandung4n langgar etika di medi4 sosial diturunkan – Fahmi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 197 kandungan di pelbagai platform media sosial diturunkan bagi tempoh Januari lepas kerana melanggar etika penggunaan medium itu, Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, darip4da jumlah itu, 101 kandungan adalah yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok.

 

Menurut beliau, terdapat tiga kaedah digunakan penyedia platform media sosial untuk menurunkan kandungan tersebut iaitu pertama melalui teknologi kecerdasan buatan (AI) yang mengesan dan menurunkan kandungan secara automatik jika didapati melanggar garis panduan komuniti ditetapkan.

“Kedua, menerusi laporan daripada penggun4 media sosial dan ketiga atas permintaan daripada agensi atau badan penguatkuasaan.

“Setakat hari ini, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tidak memohon tindakan untuk menutup atau menyekat mana-mana akaun pengguna media sosial, sebaliknya hanya menurunkan kandung4n yang dimuat naik,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) berhubung usaha kerajaan untuk menyekat pengguna akaun yang memuat naik kandungan menyalahi peraturan seperti menggugat perpaduan kaum.

Menjawab soalan asal Zahir berkaitan dasar jangka pendek, pertengah4n dan panjang KKD terhadap aplikasi media sosial yang disalah guna, Fahmi berkata pelaksanaan dasar jangka pendek melibatkan aspek operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara kes demi kes.

“Dasar ini akan diguna pakai dan pelaksana4n pengukuhan kerjasama bersama penyedia platform termasuk aplikasi TikTok dan laman sosial yang dimiliki oleh Meta (Facebook dan Instagram) dan Twitter dari sudut rangka kerja kawal selia bersama.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments