Buruh tidak serik, ditah4n semula keran4 dadah

KUALA PILAH – Seorang buruh yang tidak serik dipenjara dan sebat sebelum ini, sekali lagi dij4tuhi hukuman sama atas kesalahan dadah di Mahkam4h Sesyen di sini pada Selasa.

Tertuduh Muhammad Syafiq Haziq Masiran, 32, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati memberikan kepada dirinya sendiri dadah berbahaya jenis morfin.

Tertuduh didapati positif mengambil dadah itu selepas ujian saringan awal air kencing yang dijalankan di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol pada 12 Oktober tahun lalu.

Berikutan itu, tertuduh yang sebelum itu mempuny4i satu sabitan lampau kesalahan mengikut Seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, tertuduh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 39C(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(2) akta yang sama.

Jika disabitkan kesalahan dia hendaklah dihukum penj4ra selama tempoh tidak kurang tujuh tahun tetapi tidak melebihi 13 tahun dan hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak kur4ng dari tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada enam sebatan.

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments