Kerajaan tumpu kurangk4n impak kelembap4n ekonomi global

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan bertindak memperkukuh kedudukan fiskal negara melalui peningkatan hasil dan rasionalisasi perbelanjaan termasuk subsidi lebih bersas4r, mengenal pasti sumber pertumbuhan baharu serta melaksanakan reformasi struktur ekonomi.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ini dapat mengurangkan impak kelembapan ekonomi dunia yang diunjur agak perlahan pada 2023 dan dijangka memberi kesan ke atas pertumbuh4n ekonomi Malaysia.

“Kerajaan berusaha merencana model ekonomi negara yang lebih terarah melalui pelaksanaan pelbagai sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, akademia dan pertubuh4n masyarakat sivil (CSO).

“Di samping itu, kerajaan turut memberi tumpuan kepada sektor-sektor berpotensi seperti sektor pelancong4n dan pertanian,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) mengenai saranan serta tindakan afirmatif Majlis Tindakan Ekonomi Negara dalam merencana model ekonomi lebih terar4h bagi mengurangkan impak kelembapan ekonomi dunia pada tahun ini.

Mengulas selanjutnya, Rafizi berkata, kerajaan turut memberi fokus terhadap usaha menambah baik tadbir urus khususnya pelaksanaan projek-projek kerajaan dengan mengk4ji dan merangka kembali tahap kecekapan dari segi nilai ekonomi supaya pelaksanaannya dapat dipercepat selain menjimatkan kos.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments