JKM c4ri w4ris Mohamad Norazman

JASIN – Seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang selama ini menump4ng kasih seorang lelaki kini ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jasin.

Pegawainya, Mohd Faizal Mat Yaacob berkata, pihaknya mengambil kan4k-kanak itu selepas individu yang menjaganya sejak bayi telah meninggal dunia.

Menurutnya, maklumat awal diperolehi mendapati ibu kanak-kanak berkenaan dipercayai adalah warga Indonesia dan dikenali sebagai Sumiati.

Katanya, siasatan awal pelindungnya juga mendap4ti kanak-kanak berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan maklumat latar belakang keluarga juga tidak jelas.

“JKM Jasin menerima aduan mengenai seorang kan4k-kanak dikenali sebagai Mohamad Norazman tidak mempunyai waris dan penjaga yang sah.

“Kami menyelamatkan kanak-kanak berkenaan di bawah Seksyen 17(1)(e) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments