Mok Su Gay4h tenun songket deng4n ‘mata hati’

KUALA TERENGGANU – Walaupun hilang keupayaan melihat, namun ‘mata hati’ seorang ibu tunggal, Gayah Awang cukup terang sehingga mampu menenun songket dengan hanya berdasarkan deri4 sentuhan dan mengingati kaedah tenunan dipelajarinya sejak zaman kanak-kanak.

Bukan senang hendak menghafal susun atur benang dan ‘rentak’ menenun tanpa deria penglihat4n, namun Gayah, 54, tetap bertekad untuk meneruskan kemahiran unik yang diwarisi daripada nenek moyangnya itu, sementel4h ia juga merupakan punca utama pendapatan keluarga.

Mesra disapa Mok Su, ibu tunggal empat anak kemati4n suami kira-kira 20 tahun lepas itu memberitahu nikmat melihat dengan jelas dan terang hilang sedikit demi sedikit ketika usianya menginjak rem4ja akibat penyakit saraf yang merupakan penyakit genetik dalam keluarganya.

“Lima daripada tujuh adik beradik Mok Su ada masalah penglihatan dan Mok Su boleh dikatakan butal4h sekarang ni… Kalau duduk tempat cerah, nampaklah bay4ng-bayang depan Mok Su tapi tak tahu apa.

“Masa menenun ni memang tak nampak, meraba-raba sajalah, tapi anak (perempuan) tolong susunkan benang dan siapkan peralatan menenun. Kemudian Mok Su mula menenun dengan cara kiraan jalur benang dan sentuhan untuk memastikan kain yang ditenun kemas dan cantik,” katanya kepada Bern4ma ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pasir Panjang di sini.

Menurut Mok Su setiap gulungan benang ditandakan dengan ikatan getah bagi membolehkannya membezakan setiap warna benang yang akan digunakan untuk setiap helai kain tenunan.

Kebiasaannya Mok Su menenun ‘songket bunga dalam’ yang menurutnya lebih senang dihasilkan bagi dirinya yang kurang upaya kerana tidak menggunakan banyak warna, corak dan bunga.

 

“Jadi Mok Su buat sikit-sikit, bila dah siap ada barang (stok) barulah panggil orang (pemilik kedai) datang ambil di rumah,” katanya yang mula menenun sejak di bangku sekolah rendah lagi.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments