ALOR GAJAH – Seorang pemandu lori tersepit di tempat duduk hadapan kenderaan berat yang dipandunya selepas merempuh sebuah rumah kosong di Jalan Simpang Gading-Padang Kerbau, Durian Tunggal di sini, pada Rabu.
Kemalangan yang berlaku jam 11.50 pagi itu menyebabkan lelaki berusia 30 tahun tersebut mengalami kecederaan.
Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan II, Fadhil Saidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 pagi dan seramai 16 anggota bomba dari Balai Bomb4 dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan Alor Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, setibanya Pasukan Keluar4n Operasi (PKO) di lokasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori tiga tan yang merempuh sebuah rumah kosong.

“Dipercayai kenderaan berat itu terbabas sebelum merempuh rum4h kayu yang tidak berpenghuni itu.
“Anggota dan penyelamat segera membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat pemandu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.