Terkejut Agong t4war rum4h percuma’

PEKAN – Pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah secara tidak disangka dalam satu program lebih setahun lalu membawa berita menggembirak4n buat peniaga kedai runcit Orang Kurang Upaya (OKU), Mohd Khairi Othman,47 dari Kampung Tanjung Pulai di sini.

Pertemuan itu memberi satu kejutan besar apabila Seri Paduka Baginda tiba-tiba menawarkan untuk memberinya sebuah rumah.

“Pada mulanya saya sangka Tuanku hanya dat4ng untuk bertanya khabar namun penghujung pertemuan ternyata ada rezeki buat saya dan keluarga.

“Tuanku kata hendak beri saya sebuah rumah memandangk4n rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diduduki ketika itu terlibat banjir.

“Kecil tapak tangan, nyiru saya ditadahkan,” itu yang keluar dari mulut saya selepas mendengar tawaran Tuanku itu,” katanya.

Mohd Khairi merupakan penerima rumah kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (Yasa) yang diserahkan sendiri Seri Paduka Baginda dalam satu majlis di sini pada Rabu.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak.

Mohd Khairi yang mengusahakan kedai runcit secar4 kecilan mengakui telah lama menyimpan hasrat untuk memiliki rumah di atas tanah sendiri.

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments