‘Ada seng4ja kerja deng4n scammer’ – KDN

KUALA LUMPUR – Seramai 339 rakyat Malaysia ketika ini dikesan terlibat dalam penipuan pekerjaan di luar negara selepas terpedaya dengan tawaran yang diiklankan secara dalam talian.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, daripada jumlah itu, 218 mangsa telah di bawa pulang ke tanah air manakala seramai 121 lagi mangsa dikategorikan sebag4i terkandas dan proses membawa pulang mereka giat dilakukan.

“Jenayah penipuan pekerjaan terhadap warga neg4ra Malaysia di luar negara menyaksikan trend (membimbangkan) ketara sejak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini.

“Apa yang berlaku ada dalam kalangan rakyat kita yang tertarik dengan iklan pekerjaan di luar negara sebagai pegawai khidmat pelanggan, jurubahasa dan kasino deng4n upah lumayan, tempat tinggal dan tambang penerbangan juga ditanggung.

“(Tetapi) apabila sampai di sana mereka akhirnya (menjadi) scammer, Love scam dan penipuan pelaburan,” katanya di Dewan Rakyat, di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) yang memintanya menyatakan jumlah terkini rakyat Malaysia yang terlibat dalam sindiket tersebut.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments