Kongsi rezeki menerusi Menu Rahmah

KOTA KINABALU – Ingin berkongsi rezeki dan membantu golong4n kurang berkemampuan menyebabkan seorang pemilik restoran turut menyahut seruan kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah sejak seminggu yang lalu di Kota Kinabalu.

Pemilik restoran Nasi Lemak Rendang Oma, Mohd Effni Mohd Makhtar, 36, berkata, Menu Rahmah di restorannya telah dilancarkan pada Jumaat lalu dan sejak setakat ini mendap4t sambutan yang positif daripada orang ramai.

“Jika tiada Menu Rahmah pun sebenarnya pada setiap Jumaat kami akan melakukan infaq di masjid.

“Namun sejak Menu Rahmah diperkenalkan kerajaan, semakin menariklah sebab orang yang selama ini bersedekah dengan nilai RM7.90 untuk satu set makanan tetapi boleh dap4t harga dengan RM5 dan lebih ramailah orang yang boleh diberi sedekah.

“Jadi kami pun terfikirlah untuk menyahut seruan kerajaan memudahkan masyarakat yang kurang berkemampuan ini dapat merasa sendiri rasa sebenar menu dari restoran Nasi Lemak Rendang Oma seperti gulai daging kawah yang kami sediakan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di restorannya di Harbour City di sini pada Rabu.

Katanya lagi, Menu Rahmah yang disediakan terbahagi kep4da dua jenis lauk yang menjadi pilihan pelanggan iaitu ayam goreng atau ikan goreng.

“Menu ini kita sediakan pada Isnin hingga Jumaat bermula jam 10.30 pagi hingga 3 petang sesuai untuk waktu makan tengah hari dan minum petang.

“Dalam Menu Rahmah ini kita sediakan nasi putih berkuahkan gul4i daging kawah bersama ikan goreng atau ayam goreng berserta sayur dan air mineral mengikut seperti yang disarankan sebagai menu makanan sihat,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments