PM beri bayang4n ak4n ada pemimpin disias4t SPRM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayang4n akan ada pemimpin semasa pemerintahan Perikatan Nasion4l (PN) yang akan disiasat Suruhanjay4 Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, ada banyak kerosakan yang dilakukan sewaktu pemerintahan terdahulu.

“Memang ada kebenaran semasa kerajaan Barisan Nasion4l, ada ketirisan dan kes-kes terlibat seperti 1MDB. Tetapi masa pemerintahan PN, ada banyak kerosakan juga.

“Ia termasuk perbelanjaan jana wibawa, projek tebatan b4njir dan beberapa ketirisan lain dalam siasatan.

“Ada yang tanya, kenapa belum siasat? Seperti yang saya sebut, itu urus4n SPRM dan badan-badan penguat kuasa. Kalau YB sabar, mungkin dalam masa yang terdekat ada berita baik untuk rakyat,” katanya sewaktu menjawab soalan daripada Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) berhubung isu ketirisan dalam keraja4n sebelum ini di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sementara itu, menjawab soalan lisan daripada Lo Su Fui (GRS-Tawau), Anwar berkata, tumpuan SPRM kini adalah terhadap ‘jerung’ berbanding banyak masa digunakan untuk menangkap ‘ikan bilis’ sebelum ini.

Jelasnya, antara kes berskala besar yang disiasat termasukl4h skandal projek air di Sabah yang melibatkan RM3.3 bilion melalui Ops Water.

Setakat ini, pemulihan aset yang berjaya diselamatkan bernilai RM63 juta dan kes masih di mahkamah.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments