Gelisah, kelipan mata pet4nda ajal an4k, menantu, cucu

JOHOR BAHRU – Catherine John, 68, tidak pernah menyangka bahawa perasaan gelisah selain mata yang kerap berkelip dalam tempoh seminggu lalu membawa petanda dia bakal kehilang4n anak lelaki, menantu dan cucu kesayangannya buat selama-lamanya setelah terlibat dalam kemalangan Ahad lalu.

Menurut Catherine, dia memang terkejut apabila menerima panggilan daripada keluarga menantunya pada petang Ahad yang memaklumkan mengenai kemalangan berkenaan.

 

“Saya memang terkejut apabila dimaklumk4n mengenai perkara ini (kemalangan), pada petang semalam (Ahad).

“Lagi pun, saya baru sahaja bercakap dengan anak saya di telefon semalam (Ahad), dan minta dia datang ambil barang di rumah saya di Masai… saya nak bagi cucu saya carrot (lobak), sebab dia suka makan lobak mentah, macam itu sahaja,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA), pada Isnin.

Untuk rekod, anak Catherine, Mohammad Shahril Abdullah, 38, Habsah Jailani, 41 (menantu) dan cucunya, Muhammad Dany Lukman Naim Abdullah, 10, meninggal dunia dalam kemal4ngan dengan sebuah lori di Jalan Persiaran Tanjung Tampoi di sini, pada Ahad.

Dari kiri: Mohammad Shahril , Habsah bersama Muhammad Dany Lukman Naim.
Dari kiri: Mohammad Shahril , Habsah bersama Muhammad Dany Lukman Naim.

 

Ketiga-tiga beranak itu dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Bandar Baru Uda selepas selesai pemeriksaan kesihatan Muhammad Dany Lukman Naim di Klinik Kesihatan Kempas.

 

Siasatan awal polis mendapati Mohammad Shahril disyaki gagal mengawal motosikal sebelum melanggar bahagian belakang lori Mitsubishi Fuso yang berhenti di lorong tengah semasa lampu isyarat berwarna merah.

Tambah Catherine anak, menantu serta cucunya itu memang rapat dan sentiasa bersama-sama walau pergi ke mana sahaja.

Malah katanya, perkara berkenaan nyata terbukti sehingga ke akhir hayat mereka.

“Mereka sekeluarga memang rapat… tak boleh berengg4ng, ke mana sahaja mereka pergi, mereka akan pergi bersama.

“Saya selalu berdoa kepada tuhan agar mereka selalu bersama dan tidak sangka mereka meninggal pun bersama,” katanya.

Sementara itu, abang kepada Habsah, Mahiedel Jailani, 47, memberitahu, dia mengetahui mengenai kemalangan berkenaan apabila dimaklumkan oleh rakannya yang datang ke rumahnya di Bandar Baru Uda, pada petang Ahad.

Malah, Mahiedel yang tinggal bersama adiknya itu berkata, ketika pulang dari kerja, dia sempat melambaikan tangan kepada adiknya itu yang sedang dalam perjalanan keluar untuk ke Klinik Kesihatan di Kempas.

“Saya bekerja di Singapura, adik saya juga kerja di Singapura sebagai pekerja pembersihan… petang sebelum kemalangan kami sempat berselisih dan saya sempat menegur mereka.

“Setelah tiba di rumah, saya tidak makan makanan yang telah disediakan oleh adik saya kerana masih kenyang setelah makan di kedai dan kemudian ketika tidur, seorang rak4n datang ke rumah dan saya terkejut apabila dia memberitahu saya tentang kemalangan itu.

“Memang tiada petanda atau perubahan yang ditunjukkan adik saya sebelum meninggal dunia, namun saya rasa terkilan jugalah sebab tidak makan makanan yang disediakannya… itu juga menjadi masakan terakhirnya,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments