Isu penjaw4t awam: SKMM jump4 Awesome TV hari ini – Fahmi

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan mengadakan pertemuan dengan saluran televisyen tempatan, Awesome TV hari ini bagi mendapatk4n penjelasan mengenai laporan berita yang mendakwa bilangan penjawat awam bakal dikurangkan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, beliau difahamk4n Awesome TV telah melakukan enam pelanggaran berhubung menerbitkan bahan berita yang dilihat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang.

“Awesome TV ini telah melakukan pelanggaran sebanyak enam kali, termasuk semasa (pentadbiran kerajaan) sebelum ini sebanyak lima kali.

“Jadi pada jam 12.30 (tengah hari) ini SKMM akan berjumpa dengan Awesome TV untuk bincang kerana pelanggaran-pelanggaran ini berlaku waima di pentadbiran sebelum ini,” kat4nya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang ingin tahu pendirian dan syarat kementerian mengenai penggunaan sumber dalam penerbitan berita.

Fahmi berkata, penggunaan sumber dalam laporan berita perlu diseimbangkan bagi mengelak fitnah.

“Kita ambil maklum dalam kalangan wartaw4n mereka ada hak untuk memastik4n keselamatan identiti sumber mereka tetapi ia perlu diseimbangkan dengan isu fitnah.

“Jadi, kita perlu ada keseimbangan dan mungkin (pertemuan) ini bersifat perbincangan di antara pengamal media dan pihak berkuasa untuk cari titik temu bagi perkara tersebut,” katanya.

Menjawab soalan asal Shahidan sama ada kementerian berhasrat untuk mengk4ji semul4 akta berkaitan kebebasan media bagi menangani masalah pemberita yang tidak beretika dan jujur, Fahmi berk4ta, kementerian mempunyai perancangan untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments