‘Kakak dah n4k lembik’

TUMPAT – “Kakak dah nak lembik.” Itu yang kerap diaduk4n oleh seorang kanak-kanak perempuan sebelum kini disahkan lumpuh sepenuhnya dan sudah tidak lagi boleh bercakap sejak dua tahun lalu.

Kanak-kanak itu, Nurul Imani Abdul Rahman, 7, dilahirkan dalam keada4n normal seperti bayi lain namun dikesan menghidap penyakit epilepsi atau sawan pada usia empat bulan.

Ibunya, Noor Haslizaini Aziz, 28, berkata, walaupun kerap diserang penyakit itu, anak kedua daripada tiga beradik tersebut dapat berjalan dan bermain dengan riang serta petah bercakap sehingga usianya mencecah lima tahun.

Kesihatan kanak-kanak hiperaktif tersebut bagaimanapun semakin merosot bermula Februari 2021 dengan otaknya mulai mengecut selain hilang deria rasa makanan yang dimakan termasuk lada.

“Dulu, kalau dia berasa letih, dia akan mengadu dan pergi mengambil bantal sendiri lalu berbaring atau duduk di riba saya.

 

Nurul Imani yang terlantar menerima lawatan daripada Pertubuhan Prihatin Ummah Kelantan.
Nurul Imani yang terlantar menerima lawatan daripada Pertubuhan Prihatin Ummah Kelantan.

 

“Sekarang, dah terlantar terus, tak dapat bangun lagi untuk bermain dan hanya minum susu melalui tiub wayar serta kembali menggunakan lampin pakai buang macam bayi,” katanya sem4sa penyampaian sumbangan bekalan susu oleh Pertubuhan Prihatin Ummah Kelantan diwakili Timbalan Pengerusi, Ismawi Ismail di Kampung Nechang di sini pada Khamis.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments