Kilang kitar semula tid4k serik operasi secar4 haram

KUALA SELANGOR – Meskipun pernah diserbu sebelum ini, sebuah kilang kitar semula di Ijok, di sini masih tidak serik apabila terus mengulangi kesalahan sama apabila beroperasi tanpa lesen.

Kilang itu diserbu sepasukan anggota dan pegawai Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) pada jam 10 pagi pada Selasa.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPKS, Mohamad Lutfi Mislah Hudin berk4ta, kilang itu sebelum ini pernah dikenakan tindakan sitaan pada 19 Januari lalu.

“Kita dapati kilang ini masih berdegil dan masih meneruskan operasi haram hasil daripada maklumat awam dan risikan Jabatan Alam Sekitar (JAS),” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohamad Lutfi berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kilang itu semakin meningkatkan operasi memproses buangan terjadual seperti bahan buangan bateri kering, tembaga dan papan litar plastik.

Tegas beliau, premis itu diarah tutup serta-merta dan dikenak4n kompaun kerana ingkar arahan notis penutupan sebelum ini.

Selain itu, katanya, dua unit penjana kuasa elektrik dan satu jentera forklift disita bagi tindakan lanjut.

Jelas Mohamad Lutfi, kes itu disiasat mengikut Undang-Und4ng Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPKS) 2007.

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments