Video gaduh tul4r: Dua lelaki ditah4n bantu siasatan

ISKANDAR PUTERI – Polis menahan dua lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Taman Nusa Bestari, Skudai pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di Larkin, pada Isnin.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri mengesan satu video tular berdurasi tujuh saat memaparkan pergaduhan beberapa lelaki.

“Akibat pergaduhan itu seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an mengalami kecederaan ringan di badan.

“Suspek yang ditahan menyatakan pergaduhan bermula di dalam sebuah pusat hiburan sebelum berlarutan hingga ke luar,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Rahmat, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskand4r Puteri seterusnya melakukan pemeriksaan ke atas pusat hiburan tersebut.

“Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Indonesia ditah4n kerana gagal mengemukakan pasport dan pusat hiburan itu didapati beroperasi melebihi had masa.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasat4n mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments