KUALA NERUS – Individu Muslim di Terengganu yang berpakaian mencolok mata akan berdepan tindakan selepas kerajaan negeri menguatkuasakan peruntukan terhadap kesalahan yang melanggar enakmen jenayah syariah di negeri itu.
Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpadu4n Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, sebelum ini mereka yang ditahan kerana berpakaian mencolok mata hanya diberi nasihat oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
“Setakat ini belum ada individu yang dikenakan tindakan kerana kita hanya menggunakan pendekatan nasihat sahaja kepada mereka yang didapati melakukan kesalahan.
“Mungkin telah tiba masanya kita menguatkuasak4n pelaksanaan undang-undang tersebut di negeri ini malah Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu juga telah meluluskan beberapa pindaan berkaitan perkara ini dan kita bersedia untuk melaksanakannya,” katanya selepas merasmikan sambut4n Terengganu Hijab Day pada Isnin.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor dan Pengarah Urus Setia Wanita Terengganu, Wan Nur Sakinah Din.
Menurut Hanafiah, kerajaan negeri sebelum ini telah telah menguatkuasakan undang-undang terhadap penunggang dan pembonceng bukan mahram yang menaiki motosik4l bersama-sama.
Namun, katanya, tindakan diambil hanya berbentuk nasihat dan tegur4n serta diberikan kaunseling bagi menyuntik kesedaran sekali gus menghindari perbuatan yang melanggar batasan agama Islam.
Persidangan DUN Terengganu pada 1 Disember tahun lalu telah meluluskan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2022 bagi memperkasakan pelaksanaan undang-undang syariah di negeri itu.