Ismail Sabri mint4 kerajaan pertimbang pengeluar4n KWSP

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta kerajaan mempertimbangkan permohonan golongan yang memerlukan untuk mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ahli Parlimen Bera itu berkata, kajian terperinci juga perlu dilaksanakan agar mereka yang layak sahaja dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan KWSP dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

“Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

“Saya berharap KWSP tidak terlalu mementingkan pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang besar semata-mata, sedangkan pencarum pada hari ini hidup merana,” katanya sem4sa membahaskan Usul Titah Diraja di Dewan Rakyat, di sini pada Selasa

Ismail Sabri menegaskan, beliau percaya pengeluaran itu hanya melibatkan jumlah kecil daripada keseluruhan aset di bawah pengurusan KWSP yang kini sudah mencecah hampir RM1 trilion (RM961.1 billion).

Menurutnya, gesaan kepada kerajaan itu mengambil kira keadaan sukar dihadapi rakyat ketika ini selepas pandemik Covid-19.

Kata beliau, seperti diketahui, kesan daripada pandemik Covid-19 masih dirasai terutamanya bagi golongan peniaga dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kerana tidak dapat menjalankan aktiviti lebih daripada setahun akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Pelbagai inisiatif telah diberikan oleh kerajaan namun ramai ant4ra mereka masih di peringkat permulaan untuk bangkit semula.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments