Jana Wibawa: Seperti ‘diranc4ng’, ‘terancang’ – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tindakan mengheret anggota parti terlibat dalam kes pertuduhan rasuah melibatkan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) seperti tel4h ‘dirancang’ dan ‘terancang’.

“Jadi, apa yang berlaku adalah satu perkara yang saya fikir sebagai Presiden Bersatu sebagai yang dirancang dan terancang,” katanya.

Beliau turut mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid sebagai ‘dalang’ rancangan untuk mengheret anggota parti terlibat dalam kes pertuduhan rasuah melibatkan Jana Wibawa.

Malah, usaha itu dilakukan untuk menuduh parti itu sebagai kluster mahkamah yang baharu, dakwa Muhyiddin.

“Kalau saudari ingat apa kenyataan yang dikeluarkan Presiden UMNO, dia kata sekarang ini dia tuduh kami ‘kluster mahkamah’ dan selepas ini akan adalah satu kluster baharu, (Kluster) mahkamah juga.

“Itu sudah macam satu perkara yang sudah awal-awal dakwaan (preempt),” katanya dalam sidang media selepas menghadiri kes pendakwaan pertuduhan rasuah melibatkan Ketua Penerang4n Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berhubung projek Jana Wibawa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa.

Justeru, pihaknya telah membuat laporan polis pada 15 Februari lalu susulan dakwaan berlaku perkara dirancang untuk mensabitkan anggota parti Bersatu itu.

“Niatnya, pasti tidak baik dan kita sudah buat laporan polis (15 Februari) yang diwakili oleh Armada atas 11 perkara yang saya kira agak berat yang berkaitan dengan soal kerajaan yang ada hari ini,” tambahnya.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments