Lelaki didenda gun4 parabol5 secar4 haram

IPOH – Seorang lelaki didenda RM6,000 selepas mengaku bersal4h menggunakan set parabola dan dekoder yang tidak diperakui, tahun lalu.

Hakim Azizah Ahmad turut memerintahkan orang kena saman (OKS), Faizan Ashfaq Ahmed, 47, dipenjara selama dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan selain kesemua kelengkapan komunik4si itu dilupuskan mengikut tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan satu unit KU-Band Satellite Broadcast Antenna jenama Stargold dan seunit dekoder jenama D2H model V-5004 yang tidak diperakui oleh Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Dend4ng, Beruas, Manjung antara jam 12.40 tengah hari pada 28 Jun 2022.

OKS didakwa mengikut Peraturan 16 (1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dibaca bersama Peraturan 16 (3) Peraturan-Peraturan sam4 yang membawa hukuman dend4 tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Raya SKMM, Siti Hajar Sulaim4n manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments