Meng4ku Imam Mahdi, pengus4ha tempe didenda RM4,500

SEREMBAN – Pengusaha tempe didenda RM4,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menghina agama Islam dengan cara mengaku sebagai Imam Mahdi tahun lalu.

Hakim Kamal Bashah Ahmad Tajuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Habib Shah Firdaus Habib Ahmad, 60, selepas mengambil kira hujahan mitigasi dan pemberat4n daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Beliau turut memerintahkan hukuman penjara tiga bulan jika tertuduh gagal membayar denda terbabit, namun tertuduh menjelaskan denda itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah disifatkan menghina agama Islam dengan cara membuat pengakuan sebagai Imam Mahdi sedangkan pengakuan tersebut adalah palsu

Kesalahan itu dilakukan antara Januari hingga Mac 2022 di markas tarekat Naqsyabandiyyah Al-Khalidiyyah Jalan Labu Batu 8, Kampung Jawa di Seremban.

Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 50 ( i ) Enakmen Jenayah Syariah ( Negeri Sembilan ) 1992, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Peguam Ahmad Shaher Mohd Fuad, memohon anak guamnya agar hanya hukuman denda dikenakan dan tiada penjara kerana dia sudah berusia selain perlu menanggung isteri yang tidak bekerja serta dua anak.

Menurutnya, anak pertama tertuduh sedang menj4lani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) manakala seorang lagi adalah orang kurang upaya (OKU).

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments