Pembangun4n semula Kampung B4ru ambil kira hak orang Melayu

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan akan tetap mempertah4nkan kepentingan orang Melayu di Kampung Baru bagi meneruskan rancangan pembangunan kawasan segi tiga emas itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa program yang dikhuatiri menjejask4n kepentingan Melayu telah ditangguhkan.

Justeru menurutnya, rancangan pembangunan semula Kampung Baru akan dikaji semula dengan mengambil kira pandangan penduduk tempatan dan wakil rakyat.

“Saya telah beri jaminan malah telah menangguhkan beberapa progr4m yang saya tidak yakin akan mempertahankan kepentingan Melayu.

“Saya tidak setuju walaupun hak milik kekal Melayu, tapi ada pajakan 60 tahun atau 99 tahun..ia tak mempertahankan kedudukan Melayu. Oleh demikian beri ruang kepada saya untuk kaji semula tapi saya juga akan rujuk pandangan masyarakat tempatan sendiri dan libatkan wakil rakyat.

“Semua keputusan dulu yang selari dengan pendirian ini (pertahan hak Melayu) akan diteruskan. Tapi semua dasar yang menjejaskan kerangka besar dasar kita itu tidak akan diterima. Itu akan dibuat. Kita tunggu, insya-Allah saya akan buktikan,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

 

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) yang mahu Perdana Menteri memberikan jaminan dalam soal mempertahankan kepentingan hak orang Melayu di Kampung Baru dalam rancangan pembangunan semula itu.

Sebelum itu, beliau menjawab soalan daripada Azli Yusof (PH-Shah Alam) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan bercadang meneruskan pembangunan secara menyeluruh Kampung Baru Kuala Lumpur seperti diusahakan oleh mantan Menteri Wilayah Persekutuan Kerajaan PH pada 2018-2020 dahulu agar sel4ri dengan sasaran Kuala Lumpur Smart City 2030.

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments