W4ng RM624,900 lesap diperd4ya scammer

KUALA KRAI – Gara-gara melayan panggilan telefon daripada nombor yang mencurigakan, seorang guru dan jurukimpal ‘berputih mata’ apabila duit simpanan berjumlah RM624,900 lesap ditipu scammer.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kes pertama melibatk4n seorang guru berusia 49 tahun dari Kota Bharu berlaku pada 6 Januari lalu.

“Pada jam 1.30 tengah hari mangsa yang berada di rumah menerima panggilan daripada sebuah syarikat insuran yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

“Panggilan itu memberitahu guru tersebut ada membuat tuntutan insuran palsu dan perbualan mangsa disambung ke Balai Polis Dang Wangi untuk bercakap dengan pegawai penyiasat,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai di sini pada Selasa.

Menurut beliau, mangsa turut diberitahu dia juga terlibat dalam kes penggubahan duit haram dan akan dikenakan waran tangkap.

Ujarnya, mangsa kemudian diminta membayar wang ikat jamin berjumlah RM280,000 selepas disoal siasat dan didapati tidak bersalah.

Muhamad Zaki memberitahu, guru berkenaan telah membuat pinjam4n dengan sebuah bank di Kota Bharu pada 12 Januari dan memperolehi wang bersih sebanyak RM280,890.

Beliau berkata, pada 15 Februari lalu, mangsa telah membuat laporan polis dan mend4kwa kerugian sebanyak RM285,000.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments