BEKAS penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, mengakui berasa terkejut dengan pengumum4n persaraan bekas rakan sepasukannya, Safee Sali, semalam.
Pemain yang mesra disapa Mat Yo itu, bagaimanapun, menghormati keputusan penyerang legenda negara itu dan mendoakan yang terbaik buatnya.
“Saya agak terkejut dengan persaraan Safee Sali kerana saya juga baru mengetahuinya,” katanya kepada Astro Arena.
“Tetapi saya hormati keputusannya, mungkin dia mempunyai sasarannya selep4s ini.
“Saya doakan Safee Sali dapat meneruskan kerj4ya atau apa yang diimpikannya selepas ini,” katanya.
Ditanya mengenai momen terbaiknya bersama Safee, Mat Yo berkata:
“Piala AFF 2010.
“Saya rasa semua penyokong tahu mengenai momen itu. Setiap kali penyokong berjump4 saya atau Safee, mereka pasti akan ingat momen itu.”