Dua m4ut, dua parah kereta terbab4s

MARANG – Dua maut manakala dua lagi parah selep4s kereta dinaiki terbabas dalam kejadian di kilometer 54, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Jambu Bongkok, di sini kira-kira jam 2.40 petang pada Rabu.

Mangsa yang maut ialah pekerja syarikat minyak dan gas, Muhammad Rafizan Rozlan, 23, dan seorang pelajar, Nursyazwani Shamsudin Satin, 17.

Muhammad Rafizan berada di tempat duduk hadapan penump4ng manakala Nursyazwani berada di tempat duduk penumpang belakang sebelah kiri kereta meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, nahas itu berlaku ketika kereta jenis Honda Civic dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Dungun.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu lelaki berusia 24 tahun itu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dan sebatang tiang lampu yang berada di tengah jalan.

“Kejadian itu menyebabkan pemandu dan seorang penump4ng belakang cedera parah manakala penumpang hadapan dan seorang lagi penumpang belakang meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya di sini, pada Rabu.

Mangsa yang cedera parah adalah Muhammad Sahrul Shamsudin Satin, 24, (pemandu) dan pelajar GiatMara Paka di Dungun, Muhammad Suhaimi Rozlan, 18.

Mohd Zain berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk tindak4n lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments