Empat nyaris rentung, Axia terb4kar di Jambat4n Pulau Pinang

GEORGETOWN – Empat individu terselamat apabila kereta Perodua Axia dinaiki merek4 terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lagi kendera4n di Kilometer 3, Jambatan Pulau Pinang di sini kira-kira jam 1 pagi, Khamis.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, PBK II Syamzul Razman Abdul Rahman berkata, kemalangan berlaku berdekatan kawasan perindustrian Perai iaitu dari arah Perai menuju ke kawasan pulau.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian 21 minit kemudian.

“Ketika tiba di lokasi, kita mendapati sebuah kereta jenis Perodua Axia hangus 100 peratus selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Mercedes Benz. Terdapat empat individu iaitu seorang lelaki dan tiga w4nita yang menaiki kenderaan tersebut.

“Kesemua mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

 

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai ketika memadamkan kebakaran. - Foto PGO Pulau Pinang
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai ketika memadamk4n kebakaran. – Foto PGO Pulau Pinang

Tambah beliau, kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 1.39 pagi.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments