OMBAK – Ibu bapa tidak digalakkan memberi upah kepada anak-anak untuk meminta mereka melakukan sesuatu perkara.
Ketua Kumpulan Chantique, Marlia Abd Manap berkata, ini ker4na perkara tersebut boleh mendorong kepada gejala rasuah.

Bagaimanapun beliau berkata, selain memberi upah dan hadiah, kaedah diplomasi serta psikologi perlu digunakan bagi meminta sebarang bantuan daripada anak-anak.
“Ajar untuk tidak terima rasuah kena mula daripada rumah. Maksudnya dari cara kita didik dan minta tolong anak-anak kita.
“Macam minta tolong pergi kedai. Bagi duit upah RM1. Cara penerim4an ini nanti lama-lama jadi kebiasaan. Nak upah dahulu baru pergi kedai.
“Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan cara ini kepada anak-anak untuk melakukan sesuatu perkara,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis forum yang bertajuk ‘Rasuah Membarah, Negara Pasti Musnah’ pada Rabu.
Chantique merupakan salah satu kumpulan pelajar di Akademi Kepimpinan Wanita di bawah Wanita Berjaya