Jasa Allahyarh4m Mohd Kamal senti4sa dikenang – Berjasa

SHAH ALAM – Parti Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Allahyarham Profesor Ulung Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan yang meninggal dunia pada Khamis.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 80 tahun disebabkan komplikasi berkait rapat dengan prosedur surgeri awal pagi ini.

“Jasa beliau sebagai ilmuwan dan sumbangan kepada Universiti Islam Antarabangsa (UIA) akan sentiasa dikenang dan dihargai setiap masa,” kata Berjasa dalam satu hantaran di laman Facebook parti itu pada Khamis.

Mohd Kamal ialah tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbang4n besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

Allahyarham dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Malaya pada tahun 1965 sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah di Columbia University, New York pada 1975.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkubur4n Islam, Sungai Tangkas, Bandar Baru Bangi pada Khamis.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments