CRISTIANO Ronaldo mengakui satu pengalaman istimewa untuk bersama-sama menyambut Hari Penubuhan Arab Saudi yang berlangsung di negara itu pada Rabu.
“Selamat Hari Penubuhan Arab Saudi. Ia merupakan pengalam4n istimewa untuk menyertai sambutan di @AlNassrFC!,” tulisnya di laman Twitter miliknya.
Ronaldo dilihat gembira meraikan hari tersebut bersama rakan-rakan sepasukan Al-Nassr dengan memakai pakaian tradisi negara itu.
Bintang Portugal itu juga menyertai rakan sepasukanny4 meminum minuman arab dan menari sambil membawa pedang.
Hari tersebut diraikan sempena tarikh 22 Februari Imam Muhammad bin Saud membantu menemui Arab Saudi pada tahun 1727.
Tahun lalu, Raja Salman Abdulaziz al-Saud mengumumk4n hari tersebut sebagai cuti kebangsaan dalam titah diraja.