83 kenderaan warg4 asing disit4 di Kota Bharu

Kota Bharu: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 186 notis saman terhadap pemandu warga asing dalam Operasi Khas Pemandu Warga Asing (PEWA) di sekitar daerah ini, semalam.

Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah berkata, pihaknya turut menyita 83 kenderaan terdiri daripada tiga lori, lapan kereta, 11 motosikal roda tiga dan 69 motosikal.

Katanya, antara kesalahan yang dikesan dilakukan oleh pemandu warga asing ialah tidak ada lesen memandu, tidak ada cuk4i jalan, kenderaan tidak ada perlindungan insurans dan salah guna lesen kenderaan motor.

 

“Dalam operasi itu juga Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan enam warga asing terdiri daripada seorang warga Pakistan dan lima etnik Rohingya atas kesalah4n tidak dapat mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Selain itu, Majlis Daerah Ketereh juga mengeluarkan 14 notis kompaun terhadap pemilik premis yang melakukan kesalahan salah guna pelesenan,” katanya kepada pemberita selepas sid4ng media PEWA di Pejabat JPJ Panji, di sini, hari ini.

 

Operasi PEWA itu membabitkan 43 pegawai dan anggota terdiri daripada JPJ Kelantan, Majlis Daerah Ketereh, dan JIM Kelantan.

 

MOHD Misuari (tengah) bersama pegawainya melihat kenderaan yang disita. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
MOHD Misuari (tengah) bersama pegawainya melihat kenderaan yang disita. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

 

Tujuan operasi adalah untuk memantau, mengesan dan meng4mbil tindakan terhadap pemandu warga asing dan pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Akta Pengangkutan Awan Darat 2010 (Akta 715).

Beliau berkata, secara keseluruhannya JPJ Kelantan merekodkan 1,350 notis saman yang dikeluarkan atas pelbagai kesalahan serta menyita 120 kenderaan membabitkan pemandu warga asing bermula 2021 sehingga Februari 2023.

Mohd Misuari berkata, pihaknya menasihati masyarakat supaya tidak menyewa atau meminjamkan kenderaan milikan individu kepada warga asing kerana ia suatu kesalahan yang boleh didakwa di mahkamah.

“Tindakan pemilik yang mengaut keuntungan hasil darip4da menyewakan kenderaan kepada warga asing amat merugikan kerajaan kerana berlaku ketirisan hasil negara.

“Dalam pada itu, warga asing yang memandu kenderaan tanpa lesen yang sah sekir4nya terbabit dalam kemalangan akan menyukarkan untuk membuat tuntutan insurans pihak ketiga,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments