‘Allahuakbar, saya tak sanggupl4h bu4t macam tu’

Kuala Lumpur: “Do you think money can buy everything? (Adakah anda fikir wang boleh membeli segala-galanya?)”

Demikian kata pempengaruh berasal dari Korea Selatan, Maryam You Narae, 31, atau Maryam yang ditawarkan untuk membuka tudung bagi menjayakan sesi fotografi bagi sebuah jenama terkenal.

Maryam yang juga suami kepada sensasi YouTube, Ryzal Ibrahim berkata, dia menolak tawaran itu selain mempersolkan tindakan jenama berkenaan.

 

“Saya tolak buka tudung untuk ‘photoshoot’ sebab mereka cakap kalau orang tanya cakap saja ‘photoshoot’ tu buat sebelum saya pakai tudung. Allahuakbar, saya tak sangguplah buat macam tu. Jadi, saya tolak terus.

“Saya rasa macam tak percaya jenama ni minta saya buat macam tu walaupun ‘highly known brand’ (jenama terkenal) di Malaysia tapi pemikiran teruk. Di mana rasa hormat?

“Awak suruh saya buka tudung sebab jemama awak besar? Awak nak bagi RM100,000 atau RM1 juta pun, ia bukan alasan saya kena buka tudung,” katanya.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram, Maryam berharap tidak ada mana-mana mualaf lain yang terkena seperti dirinya.

“Sekarang 2023 pun masih ada situasi macam ni? Sampai sekarang saya tak percaya perkara ini terjadi pada saya. Tapi alhamdulillah, Allah kuatkan hati saya.

“Ada juga orang minta saya pakai tudung sebab duit, tapi saya rasa tak selesa kalau buat macam tu sebab duit. Kalau tak dapat pun tak ada rasa rugi walaupun sebesar kuman. Saya doakan semoga tiada mualaf berdepan situasi begini,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, kebanyakannya mendoakan semoga Allah SWT terus melindungi dirinya.

Hantaran dimuat naik itu mendapat lebih 73,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments