‘Ayah tolong, sakit… panas’

Baling: “Saya dengar dengan jelas suara anak saya menjerit, ‘Ayah tolong, sakit…panas’ dan cuba tendang pintu bilik tetapi tak berjaya sebelum keluar menyelamatkan diri.

“Sampai sekarang saya masih terdengar suara dia jerit minta tolong, sedih tak dapat selamatkan anak,” kata Rozali Nayan, 55.

Ketika kejadian, Rozali dan isterinya, Norsakinah Shuib, 33, serta anak mereka, Nur Batrisyia Rozali, 14, sedang tidur di rumah berkenaan

Kejadian disedari Norsakinah yang juga ibu tiri Nur Batrisyia selep4s terhidu asap dan menyedari rumah mereka sedang terbakar sebelum mengejutkan suami serta anaknya.

Katanya, dia cuba menyelamatkan anaknya dengan menendang pintu bilik tetapi gagal berbuat demikian sebelum dia meminta tolong jiran berhampiran rumah.

“Saya sangat sedih kerana sudah berusaha untuk menyelamatkannya tetapi tidak berdaya sebab api merebak dengan cepat.

“Pasukan bomba sampai tak lama kemudian dan selepas api dipadamkan barulah jasad anak saya ditemui.

“Barangan saya musnah dan tak dapat diselamatkan mal4h kami kini tinggal sehelai sepinggang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

 

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Besah, Kuala Ketil. FOTO Ihsan Bomba.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah rumah di Kampung Besah, Kuala Ketil. FOTO Ihsan Bomba.

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mayat remaja perempuan itu ditemui dalam keadaan terlentang dan terbakar sepenuhnya.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 9.40 pagi oleh pasukan Bomba sewaktu operasi pemadaman dilakukan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabat4n Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kebakaran itu membabitkan sebuah rumah dua tingkat yang didirikan separuh kayu dan separuh batu yang didiami tiga orang iaitu bapa, ibu tiri serta remaja terbabit.

“Bapa mangsa cuba menendang pintu bilik mangsa namun gagal kerana pintu bilik mangsa dikunci dari dalam.

“Mangsa (si mati) dipercayai berada di tingk4t atas dipercayai terjatuh ke tingkat bawah selepas api marak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

ROZALI dan isterinya, Norsakinah. FOTO Zuliaty Zulkifli
ROZALI dan isterinya, Norsakinah. FOTO Zuliaty Zulkifli

 

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments