Menu Rahmah ‘lesu’ di Negeri Sembil4n

Seremban: Ketika negeri lain sedang rancak dengan pelbagai Menu Rahmah, program berkenaan dilihat agak lesu kerana kurang mendapat sambutan dalam kalangan peni4ga makanan di Negeri Sembilan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, pihaknya menggalakkan pengusaha menyertai program itu, namun tiada sebarang paksaan.

“Berdasarkan pemantauan yang kami lakukan, boleh saya katak4n keberadaan Menu Rahmah di negeri ini tak semeriah di negeri lain.

“Tapi saya percaya ramai yang sedang dalam perancang4n untuk menyediakan Menu Rahmah di premis mereka dan ia lebih kepada tanggungjawab sosial, sekali gus menyahut saranan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, sejak inisiatif itu dilancark4n, KPDN Negeri Sembilan sudah mengadakan perjumpaan dengan beberapa persatuan pengusaha makanan di negeri berkenaan bagi membincangkan program itu.

“Ia mendapat maklum balas yang sangat positif daripada persatuan.

“Malah, kami turut mengadakan pertemuan dengan bahagian hal ehwal pelajar dan operator kafe di institusi pengajian (IPT) untuk mendapat maklum balas mengenai program Menu Rahmah.

“Ia bukannya satu bentuk paksaan dan undang-undang, tapi kita mempelawa mereka untuk bersama-sama menjayakan program ini.

“Jadi kepada mana-mana premis makanan, marilah bersama sertai Program Menu Ramah Kasih Sayang ini dengan mendaftar dengan kami,” katanya.

Zahir berkata, KPDN Negeri Sembilan akan membantu mempromosik4n premis makanan yang menyertai program itu.

Media sebelum ini melaporkan KPDN sedang berbincang untuk memberik4n insentif khas kepada peniaga yang menjual.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments