Mul4 ‘DIY’ kini tauke kil4ng

Kuala Lumpur: Kira-kira empat tahun lepas dengan hanya sekadar mencuba membaik pulih pelbagai kenderaan rekreasi (RV) mendorong seorang ahli perniagaan, Shamsul Rosli mengembangk4nnya dengan menubuhkan kilang bagi memenuhi permintaan industri itu yang semakin mend4pat tempat.

Dikenali sebagai Camperv M dan terletak di Seremban, Negeri Sembilan, kilang itu menyediakan kepakaran dan khidmat profesional untuk membaik pulih, mereka cipta, mengubah suai pelbagai model kenderaan RV seperti karavan, campervan dan motorhome yang diimport dari luar negara.

 

Lebih membanggakan, usaha dilakukan secara komersial sejak setahun itu membolehkan kenderaan pacuan empat roda (4WD) diubah suai menjadi campertruck, antara kilang yang terawal di dalam negara yang berkeupayaan melakukannya.

Berkongsi kejayaan itu kepada Bernama baru-baru ini, Shamsul yang juga bekas jurutera marin berkata sebelum membuka bengkel, beliau ‘terbang’ ke United Kingdom (UK) semata-mata untuk membeli dan mempel4jari selok-belok bagi memiliki karavan diimpikan.

 

Pekerja Camperv M melakukan pengubahsuaian pada sebuah kenderaan. FOTO BERNAMA
Pekerja Camperv M melakukan pengubahsuaian pada sebuah kenderaan. FOTO BERNAMA

 

“Di UK saya beli van Mercedes-Benz Sprinter WB yang kosong untuk diubah suai dijadikan karavan. Pada masa sama, saya melawat ke beberapa kilang bagi mempelajari kaedah pembuat4n karavan dengan mereka yang pakar di sana.

“Selepas membawanya pulang ke Malaysia, terdetik di fikiran merasakan ada perkara lagi yang masih tidak memuaskan dengan karavan saya beli seperti di dalam kabinnya tiada ruang solat walaupun dilengkapi katil, dapur dan tandas.

“Jadi bermulalah idea untuk saya ‘DIY’ karavan saya. Secara tak sengaja, inov4si saya yang lebih mesra Muslim itu mendapat perhatian khususnya peminat RV tempatan, apatah lagi ketika itu sukar dan tiada individu yang mahir membaik pulih kenderaan jenis ini,” katanya.

 

Ruang dalaman sebuah campertruck yang kelihatan santai. FOTO BERNAMA
Ruang dalaman sebuah campertruck yang kelihatan santai. FOTO BERNAMA

 

Anak jati Mantin itu berkata, kilangnya berkeupayaan untuk menawarkan perkhidmatan membaik pulih kenderaan RV dari segi sistem pendawaian elektrik dan penyaman udara, selain mereka bentuk dalaman dan luaran kabin RV serta turut dibantu empat petugas berkemahiran yang lain.

“Setakat ini, lebih 80 pelbagai jenis RV berjaya dibaik pulih, diubah suai mengikut cita rasa dan kehend4k pemilik kenderaan,” katanya.

Mengulas lanjut, Shamsul berkata, kebanyakan peralatan RV seperti tandas, penyaman udara atas bumbung serta peralatan elektrik seperti ketuhar, peti ais dan seterika menggunakan elektrik 12 volt diimport dari luar negara.

 

Pekerja Camperv M melakukan pendawaian elektrik sebelum kerja-kerja pengubahsuaian. FOTO BERNAMA
Pekerja Camperv M melakukan pendawaian elektrik sebelum kerja-kerja pengubahsuaian. FOTO BERNAMA

 

Berkongsi mengenai campertruck yang kini menjadi pilihan berbanding dengan model kenderaan RV lain, Shamsul berkata, hanya tiga negara di dunia iaitu Australia, China dan Thailand menghasilkan RV jenis itu dan kini Malaysia mampu berbuat demikian hasil reka cipta anak tempatan.

Campertruck makin mendapat tempat kerana pemanduannya auto, lebih praktikal di semua jenis permukaan jalan dan penyelenggaraannya lebih mudah,” katanya yang sudah menghasilkan 10 campertruck menggunakan aluminium sebagai bahan utama pembuatan struktur kabin.

 

Reka bentuk ruang tidur di sebuah campertruck yang kelihatan moden dan mewah. FOTO BERNAMA
Reka bentuk ruang tidur di sebuah campertruck yang kelihatan moden dan mewah. FOTO BERNAMA

 

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Kejuruteraan Automatif Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Yusof Mohamed berkata, sebarang ubah suai atau kreativiti hendak dilakuk4n ke atas kenderaan termasuk van, 4WD dibenarkan dengan membuat permohonan dengan jabatan itu.

Mohd Yusof berkata, pemilik kenderaan boleh mendapatk4n khidmat nasihat jurutera profesional berdaftar dengan JPJ untuk dibuat Pelan Teknikal Kenderaan merangkumi aspek mekanikal dan elektrikal.

“Jurutera profesional tersebut akan memastikan aspek kestabilan, keselamatan dan kualiti bahan binaan selaras standard piawaian ditetapkan JPJ. Pelan Teknikal ini akan disemak Bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ Ibu Pejabat di Putrajaya.

“Selepas Pelan Teknikal Kenderaan diluluskan, kerja ubah suai perlu dibuat di mana-mana 291 bengkel kejuruteraan berdaftar dengan JPJ di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden Persatuan Campervan dan Motorhome Malaysia, Emirol Rashid berkata, industri RV makin popular kerana ia antara gaya hidup kepada mereka yang gemar mengembara dan berkelah bersama keluarga.

Beliau berkata, ketika ini ada lebih 2,000 pemilik RV di seluruh negara dengan kos bermula RM40,000 ke atas bergantung kepada bajet dan kemahuan sama ada ubah suai van kosong atau import dari luar neg4ra yang baharu atau terpakai.

About Mat Lan Editor

Check Also

padah-pengaruh-tv,-adik-baling-gunting-hingga-tercacak-atas-kepala-kakak

Padah pengaruh TV, adik baling gunting hingga tercacak atas kepala kakak

Gara-gara terpengaruh dengan watak ganas di televisyen, seorang budak lelaki di Thailand baru-baru ini melakukan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments