Tiada istilah ‘or4ng saya’ dal4m PDRM

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengingatkan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak menjadikan amalan ‘orang saya’ sebagai budaya dalam pasuk4n sebaliknya semua pegawai dan anggota perlu dilayan sama rata.

Menurutnya, budaya itu sesu4tu yang tidak elok.

“Tidak ada isu anak emas, anak gangsa, itu orang IGP (Ketua Polis Negara), orang OCPD (Ketua Polis Daerah) kerana semua pegawai dan anggota polis adalah orang saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dan Pengerusi Perkep Selangor di Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras, di sini, hari ini.

Acryl Sani berkata, Hussein Omar adalah pegawai kanan polis yang berpengalaman luas dan berjaya mengendali beberapa kes baru-baru ini.

“Saya percaya bahawa polis kontinjen Selangor berada di tang4n yang berwibawa dan berkebolehan dapat membimbing Selangor ke arah kecemerlangan,” katanya.

Sementara itu, Hussein Omar berkata, beliau akan menjalank4n amanah sebagai Ketua Polis Selangor yang baharu dengan sebaiknya.

“Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana ia satu rezeki yang dikurniakan kepada saya dan berterima kasih kepada IGP di atas kepercayaan yang diberi.

“Maka hari ini bermula tugas saya sebagai Ketua Polis Selangor dan insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik untuk kontinjen Selangor,” katanya.

Beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai Timbal4n Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurus4n Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri.

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments