Tiada tauliah punca Ustaz Azhar Idrus ‘dihalang’ di Selangor

Shah Alam: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mempunyai tauliah mengajar agama Islam di negeri ini.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pengesahan itu berdasarkan hasil semakan dibuat JAIS.

Menurutnya, JAIS mengambil maklum tentang pembatalan Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan pada 26 Februari ini di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.

“Kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)/ JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuatkuasa di Negeri Selangor.

“Semua individu yang mengajar berkaitan agama Islam di Negeri Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.

“Pihak masjid dan surau juga tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar diberikan mengikut Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Facebook rasmi UAI semalam, memaklumkan kuliyah maghrib perdana UAI yang dijadualkan pada 26 Februari ini di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong dibatalkan atas kuasa JAIS.

About Mat Lan Editor

Check Also

iran-siap-sedia-‘senjata-rahsia’-jika-israel-bedil-tehran

Iran siap sedia ‘senjata rahsia’ jika Israel bedil Tehran

Iran memberi amaran keras bahawa mereka akan menggunakan senjata yang belum pernah digunakan sebelum ini …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments