New Delhi: Akibat terlalu paranoid dijangkiti Covid-19, wanita mengurung dirinya dan anak lelaki yang masih kecil di rumah mereka di Chakkarpur, Gurugram dekat sini, selama tiga tahun.
Portal NDTV melaporkan, kisah itu terbongkar apabila suami wanita berkenaan, Sujan Majhi, yang juga jurutera di sebuah syarikat swasta, memaklumkan perkara itu kepada polis bertugas di pos Chakkarpur.
Atas permintaannya, sepasukan polis, pegawai kesihat4n dan anggota jabatan kebajikan kanak-kanak tiba di kediaman berkenaan, baru-baru ini.
Mereka memecah pintu utama rumah itu sebelum menyelamatk4n wanita dikenali sebagai Munmun Majhi dan anak lelakinya yang berusia 10 tahun.
Sementara itu, dia memasak menggunakan dapur elektrik dan bukannya dapur gas.
Sampah di rumah itu tidak dibuang selama tiga tahun dan difahamkan, selama ini, tiada sesiapa yang berkunjung ke situ.
Kanak-kanak itu pernah membuat lukisan di dinding rumah dan hanya belajar dengan menggunakan pensel.
Apa yang mengejutkan, anak lelaki wanita itu dikatakan tidak pernah melihat matahari, sejak tiga tahun lalu.
Difahamkan, selama tempoh sama, jiran sekeliling tidak tahu bahawa dua beranak itu berkurung di dalam rumah.
Seorang pegawai polis berkata, wanita itu berada dal4m keadaan panik akibat Covid-19 dan percaya anaknya akan mati, jika keluar dari rumah.
Sepanjang tiga tahun berkurung dengan anaknya, wanita itu tidak membenarkan suaminya masuk ke dalam rumah.
Suaminya dikatakan keluar dari rumah untuk ke pejabat pada 2020 selepas kerajaan menarik balik sekatan pergerakan (lockdown) kali pertama. Sejak itu, lelaki itu tidak dibenarkan memasuki kediaman berkenaan.
Satu-satunya cara Majhi kekal berhubung dengan keluarganya adalah melalui panggilan video.
Bagaimanapun, dia tetap membayar sewa bulanan rumah, menjelaskan bil elektrik, mendepositkan yuran sekolah anaknya, membeli barangan runcit dan sayuran, di samping meningg4lkan beg barangan keperlu4n di luar pintu utama rumah itu.
Selepas diselamatkan, wanita dan anak lelakinya itu dikejarkan ke hospital awam.