Belanjawan 2023: Johor zahir penghargaan kepada Kerajaan Pusat

Johor Bahru: Kerajaan Johor menzahirkan penghargaan buat kerajaan Pusat yang menyalurkan peruntukan besar bagi melaksanakan projek termasuk naik taraf Lebuhraya Utara Selatan serta infrastruktur lain negeri ini dalam Belanjawan 2023 dibentangkan semalam.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata, pentadbiran negeri menzahirkan komitmen di peringkat tertinggi bagi memudahcara kesemua projek dan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023 itu.

Katanya, ia demi memastikan kemakmuran dan kesejahteraan berterusan Bangsa Johor dan pembangunan negeri ini.

“Syukur Alhamdulillah, berkat doa yang dan usaha berterusan semua pihak, apa yang dihajati Kerajaan Johor untuk kemakmuran kita bersama dimakbulkan Allah SWT melalui pembentangan Belanjawan Persekutuan 2023 semalam.

“Bagi pihak kerajaan Johor, saya menzahirkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar, yang juga Menteri Kewangan, kerana bersetuju melaksanakan projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan dari Yong Peng Utara ke Senai Utara – Fasa 1, Johor daripada empat kepada enam lorong dengan kos RM525 juta secara berfasa.

“Selain itu, kerajaan Persekutuan juga bersetuju untuk menambah baik kemudahan jaringan lebuh raya ke Pengerang melalui pembinaan lorong memotong di Senai Desaru Expressway (SDE).

“Sudah pasti dengan pelebaran laluan utama ini, ia akan usaha meningkatkan kesalinghubungan, yang bukan sahaja penting untuk logistik perniagaan, tetapi juga hubungan sesama rakyat dari dalam dan luar Johor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Onn Hafiz berkata, kerajaan Persekutuan juga bersetuju supaya enam projek tebatan banjir melalui proses tender semula dengan segera, selewat-lewatnyanya Jun tahun ini.

Katanya, ia termasuk Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi bagi menangani banjir di daerah berkenaan.

“Tidak ketinggalan, cadangan memperkukuhkan lagi pembangunan Iskandar Malaysia di Johor melalui pewujudan zon khas kewangan, dengan pakej imbuhan bagi menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi, turut diumumkan Perdana Menteri, semalam.

“Alhamdulillah, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut mengumumkan kerja-kerja awalan bagi menaik taraf 26 buah hospital di seluruh negara, termasuk pembesaran Hospital Pontian, Johor yang sudah berusia hampir seabad, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat mendapatkan kemudahan rawatan terbaik.

“Tidak dilupakan, pengenalan Pas Perjalanan Tanpa Had myBAS50 untuk manfaat rakyat Johor Bharu yang menggunakan perkhidmatan bas henti-henti di bawah Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST), turut sama diumumkan semalam,” katanya.

Onn Hafiz beekata, kerajaan Johor, merakamkan ucapan terima kasih kerana memberi pertimbangan dan seterusnya melaksanakan harapan yang diutarakan sebelum ini dalam Belanjawan 2023.

 

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments