Tular baru-baru ini apabila terdapat sebuah syarikat yang sering berkongsi mengen4i pekerjaan dan karier mengeluarkan sebuah infografik yang mendedahkan 9 pekerjaan santai dengan gaji yang tinggi.
Antara pekerjaan yang berjaya mendapat perhatian ramai sudah tentunya pekerjaan pertama iaitu YouTuber di mana syarikat ini mendakwa mampu meraih sehingga RM360,000 sebulan secara purata.
Tular baru-baru ini apabila terdapat sebuah syarikat yang sering berkongsi mengenai pekerjaan dan karier mengeluarkan sebuah infografik yang mendedahkan 9 pekerjaan santai dengan gaji yang tinggi.
Antara pekerjaan yang berjaya mendapat perhatian ramai sudah tentunya pekerjaan pertama iaitu YouTuber di mana syarikat ini mendakwa mampu meraih sehingga RM360,000 sebulan secara purata.

Perkongsian yang dibuat bukan sahaja berjaya meraih pelbagai respon di kalangan netizen, malah Che Nom selaku YouTuber masakan popular yang berjaya mengumpul 1.85 juta subscribers di YouTube juga tampil berkongsi pendapat beliau.
Berikut merupakan pendapat beliau mengenai pekerjaan sebagai YouTubers yang dikatak4n santai serta mampu mendapat pendapatan yang lumayan ini.
0.01% YouTubers yang boleh dapat pendapatan macam ini kalau operate sebagai syarikat kena ada ada sekurang-kurangnya 7 video seminggu dan purata tontonan tiga ratus ribu ke atas setiap video.
Yang sebenarnya purata pendapatan YouTubers di baw4h paras kemiskinan. Apabila ekonomi merosot, syarikat akan kurangkan iklan, RPM jatuh, CPM jatuh, jadi pendapatan YouTubers secara tak langsung akan berkurang. Tahun ini semua jatuh mendadak, CEO Youtube, Susan Wojcicki pening kepala kot sampai letak jawatan.