Polis Buru 2 Suspek Bermotosik4l Samun Wanit4 Di Stesen Minyak

Sejak semalam tular kejadian samun di stesen minyak di mana seor4ng wanita disamun di sebuah stesen minyak. Polis telah mengesahkan kejadian itu dan sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian samun tersebut.

 

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 14 saat di Facebook yang dimuat naik jam 7.30 malam semalam.

“Rakaman video berkenaan memaparkan kejadian samun berkawan yang membabitkan mangsa iaitu seorang wanita tempatan di stesen minyak berkenaan.

“Hasil semakan dilakukan mendapati kejadian samun itu berlaku kira-kir4 jam 9 pagi tadi membabitkan dua suspek lelaki yang belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan.

Zam Halim berkata selepas mengisi minyak, wanita itu membuka kunci kereta dan suspek dengan pantas menyamun beg tangan mangsa yang terletak di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

“Seorang daripada suspek membawa lari beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penump4ng bahagian hadapan kereta milik mangsa dan anggaran kerugian sebanyak RM500. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” tambah Zam Halim.

Zam Halim menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekul4si dan menghubungi pihak polis sekiranya mempunyai maklumat sekiranya berhubung kejadian ini.

Orang ramai boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

  • SUMBER
  • HM

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments