Tun M, 13 yang l4in sah sert4i Putra

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir bersama 13 lagi ahli yang sebelum ini kelu4r daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sah menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) hari ini.

Bekas Ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang, Armin Baniaz Pahamin mengesahk4n perkara itu di laman Facebook hari ini.

Menerusi status yang dimuat naik, Armin berkata Dr Mahathir mendaftar keahliannya bagi menerusk4n perjuangan politiknya bersama Putra.

 

“Misi dan matlamat kita perlu jelas untuk menjayak4n sesuatu perjuangan. Perjuangan utama ialah untuk penyatuan orang, parti dan pertubuhan Melayu.

“Doakan semoga Allah permudahkan perjuangan kami. Hanya melalui penyatuan orang-orang melayu dapat kita bersatu menyelesaikan masalah bangsa demi agama dan tanah air,” katanya.

Dalam gambar yang dimuat naik, turut dilihat menghantar borang ialah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Sebelum ini, Dr Mahathir memberi bayangan untuk menyert4i PUTRA selain berhasrat menjadi penasihat parti itu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau menganggap jemputan untuk menyertai PUTRA sesuai dengan perjuangan dan prinsip politiknya iaitu membela nasib orang Melayu dan menol4k amalan rasuah.

Beliau juga berharap dapat memberi panduan kepada PUTRA dan meneruskan perjuangan serta mencapai matlamat untuk selamatkan kaum Melayu di negara ini.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments