60 migran meningg4l dunia di laut

Rom: Bot kayu yang penuh sesak dengan pendatang merempuh b4tu terumbu karang dan pecah awal pagi Ahad di luar pantai Itali, lapor pihak berkuasa.

Berikutan itu, pasukan penyelamat menemui hampir 60 mayat, manakala puluhan lagi dilaporkan hilang.

Menurut jurucakap agensi pelarian dan penghijrahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dikhuatiri, jumlah kematian mungkin melebihi 100 individu kerana beberapa mangsa yang terselamat menyatakan bot itu membawa seramai 200 penumpang ketika ia bertolak dari Turkiye.

Sementara pengawal pantai Itali berkata, sekurang-kurangnya 80 mangsa ditemukan hidup, termasuk beberapa yang sampai ke pantai selepas kapal karam, tidak jauh dari pant4i Calabria di sepanjang Laut Ionia.

Salah satu bot bermotor agensi itu menyelamatkan dua lelaki yang mengalami hipotermia dan menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki.

Anggota bomba berkata, 59 mayat ditemukan sebelum matahari terbenam.

Media tempatan melaporkan, seorang lelaki ditahan untuk disoal siasat selepas rakan yang terselamat menyatakan bahawa dia seorang penyeludup manusia.

Bot itu berlanggar dengan terumbu di laut. Ia mengakibatkan tiga serpihan besar kapal itu berakhir di pantai berhampiran bandar Steccato di Cutro, di mana serpihan kayu biru terang bersepah di pasir seperti batang mancis.

“Semua yang terselamat adalah orang dewasa.

“Malangnya, semua kanak-kanak itu adalah antara yang hilang atau ditemukan mati di pantai,” kata sukarelawan Palang Merah, Ignazio Mangione.

Seorang bayi dan pasangan kanak-kanak kembar dilaporkan ant4ra yang maut.

About Mat Lan Editor

Check Also

dj-era-terkejut-dapat-panggilan-dari-wanita-kongsi-pengalaman-bangga-rampas-suami-orang

DJ Era terkejut dapat panggilan dari wanita kongsi pengalaman bangga rampas suami orang

DJ Era terkejut dapat panggilan dari wanita kongsi pengalaman bangga rampas suami orang. Apabila bercakap …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments