Dungun: Pergaduhan membabitkan tiga lelaki di tepi jalan di hadapan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), dekat sini, pagi semalam, dikatakan berpunca daripada pemandu sebuah kenderaan bertind4k menghalang sebuah kenderaan yang hendak memotong.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pergaduhan yang berlaku jam 8.30 pagi tadi itu dirakam pengguna jalan raya sebelum terseb4r di laman sosial.
Menurutnya, dalam rakaman video itu, seorang lelaki berbaju putih bergelut dengan lelaki berbaju hitam serta kelihatan seorang lelaki berkopiah turut terbabit dalam pergaduhan itu.
“Kedua-dua pihak membuat laporan polis dan kita meng4mbil keterangan mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun serta satu kertas siasatan dibuka,” katanya.
Baharudin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan (memandu atau menunggang dengan gopoh di jalan raya), Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera dan ugutan jenayah).
“Kes ini masih dalam siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut dalam masa terdekat.
“Sekiranya didapati bersalah, suspek boleh dikenakan hukum4n penjara selama tempoh dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Baharuddin berkata, berikutan kejadian itu, pihaknya menasihati semua penggun4 jalan raya agar lebih bertolak ansur dan mematuhi peraturan jalan raya serta tidak mengambil tindakan menyalahi undang-undang.