Budak m4ut jatuh dari tingk4t 14 hotel

Kota Kinabalu: kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selep4s dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah hotel di Jalan Karamunsing, di sini, pagi tadi.

Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkap 14 ke beranda di tingk4t lima bangunan hotel berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelam4t Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.44 pagi.

 

Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelam4t (BBP) Kota Kinabalu bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, mangsa kanak-kanak ditemuk4n terjatuh dari tingkap di tingkat 14 ke beranda tingkat empat bangunan hotel berkenaan.

 

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi membawa turun mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadi4n oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kep4da polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada 7.54 pagi,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments