Dua ber4dik lem4s di Air Terjun Sungai Sedim

Kulim: Tindakan seorang lelaki mahu menyelamatkan adiknya dalam pusaran air mengundang tragedi apabila mereka ditemukan lemas dalam kejadian di Pusat Rekreasi Air Terjun Sungai Sedim, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 3.20 petang itu, mayat dua beradik berkenaan ditemui penduduk kampung di dasar sungai.

Dua beradik terbabit dikenal pasti sebagai Mohamad Syafiq Yusof, 33, dan adiknya Mohamad Syazwan, 25, berasal dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Redzuan Salleh berk4ta, dua beradik berkenaan didapati berkunjung ke kawasan air terjun terbabit bersama tiga rakan lain.

“Semua mandi di kawasan lubuk sungai berkenaan sebelum air berpusar dengan tiba-tiba dan menenggelamkan mereka.

“Bagaimanapun, empat daripadanya berjaya naik ke permukaan manakala seorang lagi tenggelam,” katanya.

Menurutnya, abang mangsa yang menyedari adiknya itu tidak timbul terjun semul4 untuk menyelamatkannya.

“Bagaimanapun, abang mangsa gagal menyelamatkannya dan dua beradik berkenaan ditemukan lemas.

“Mayat dua beradik itu ditemukan di dasar sungai oleh penduduk kampung yang turut membantu mencari mangsa,” katanya.

Menurutnya, dua mangsa terbabit disahkan meninggal duni4 oleh pegawai perubatan yang tiba tidak lama kemudian.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan mayat dihant4r ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments