Dua lelaki ragut wanit4 hingga cedera dit4han

Kota Bharu: Polis menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 39 tahun kerana terbabit dalam kejadian ragut seorang wanita sehingga mangsa mengalami luka kecil di lengan dan tangan kiri di Jalan Kelochor di sini, pada 16 Februari lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kedua-dua suspek ditahan di Pasir Puteh, pada 6.30 petang pada Sabtu lepas, hasil risikan dan intipan dijalankan pihak polis.

“Susulan penahanan suspek, polis merampas sebuah motosikal yang digunakan sewaktu kejadian dan hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah, selain turut mempunyai rekod lampau kesalahan dadah.

“Kedua-dua suspek direman selama empat hari mulai semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

 

Sebelum ini, video kejadian ragut itu tular dalam laman sosial dan pihak polis mengesahkan menerima laporan mengenai insiden itu yang mangsa wanita berusia 54 tahun dilihat berseorangan menunggang motosikal di Jalan Kelochor diragut dua lelaki tidak dikenali yang menunggang sebuah motosikal berwarna kuning sehingga menyebabkan mangsa terjatu

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments