Kebocoran makm4l mungkin punc4 Covid-19 – Jabatan Tenaga AS

Washington: Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (AS) dipetik media melapork4n pandemik Covid-19 kemungkinan berpunca daripada kebocoran makm4l di China walaupun perisikan Amerika Syarikat (AS) tetap berbelah bahagi mengenai isu itu.

Dapatan itu – dinyatakan dalam laporan sulit oleh Pengarah Perisikan Kebangsaan Avril Haines, menurut The Wall Street Journal – melaporkan peralihan pandangan oleh jabatan Tenaga, yang sebelum ini mengatak4n ia tidak membuat keputusan bagaimana virus itu muncul.

Individu yang membaca laporan sulit itu dipetik dalam The Wall Street Journal dan The New York Times berkata, jabatan itu membuat pertimbangannya dengan “keyakinan rendah” menunjukk4n bagaimana agensi berbeza tidak sehaluan mengenai asal usul Covid-19 dan wabak yang melanda dunia awal 2020.

Kesimpulannya, yang dilaporkan hasil risikan baharu, penting kerana jabatan itu menyelia rangkaian makmal nasional, termasuk beberapa yang melakukan penyelidik4n biologi lanjutan.

 

Jabatan itu kini menyertai Biro Penyiasatan Persekutuan kerana percaya wabak yang menyebabk4n kematian hampir tujuh juta individu berpunca akibat insiden di makmal China.

Empat agensi perisikan AS percaya Covid-19 berlaku melalui penularan semula j4di, manakala dua lagi masih belum membuat keputusan, lapor The Wall Street Journal.

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments