Georgetown: Ibu bapa seorang kanak-kanak tidak menyangka gejala kerap demam dan munt4h setiap kali selepas makan adalah petanda mengidap kanser Acute Lymphoblastic Leukemia (ALL).
Malah pada mulanya doktor menyangka kanak-kan4k itu mengidap apendiks sehingga terpaksa menjalani pembedahan.
Namun akhirnya, ibu bapa kepada Mohd Shirhan Sidqi Mahamad Suni, 12, akur bahawa anak mereka disahkan mengidap kanser pada penghujung 2021 lalu
Ibunya, Norhashimah Abd Hamid, 44, berkata, kanser yang pantas menyerang anak ketiga daripada lima beradik itu kini menyebabkannya sukar berdiri.
“Dia kerap mengadu sakit pada sendi kaki selain pada paha dan kaki sehingga sukar hendak berdiri atau jika berdiri bagi tempoh lama.
“Pada masa ini, kami kerap berulang-alik dari rumah di Bedong, Kedah ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan,” kata suri rumah itu ketika ditemui, di sini, kelmarin.
Norhashimah berkata, selepas disahkan mengidap kanser, anaknya tidak dapat ke sekol4h selama lebih lapan bulan kerana menjalani rawatan di hospital berkenaan.
Katanya, dia hanya mula bersekolah pada Oktober tahun lalu tetapi adakalanya terpaksa mengambil cuti sekiranya berasa tidak sihat.

“Mujurlah pihak sekolah faham dengan keadaannya, mungkin juga kerana sebelum ini ada tiga murid di kelasnya yang turut mengidap kanser.
“Ketika Mohd Shirhan Sidqi mendapat rawatan di HPP, tiga lagi anak termasuk pasangan kembar yang masih bersekolah ditinggal bersama ibu saya.
“Kini ibu saya pula sering tidak sihat dan uzur namun kami akan terus beri sokongan kepada Mohd Shirhan Sidqi supaya dia boleh melawan kanser serta menjalani hidup seperti kanak-kanak lain seusianya,” katanya.
Terdahulu, Norhashimah ditemui ketika program sempena Hari Kanser Sedunia di Jalan York, di sini, bagi meraikan seramai 61 kanak-kanak pengidap kanser.
Presiden Persatuan Sahabat Kanak Kanak Kanser Wilayah Utara (FOCCAN), Maznah Tayib berkata, daripada jumlah itu, seramai 25 daripadanya adalah kanak-kanak yang baru disahkan mengidap kanser.
“Program ini bukan saja bagi memberi sokongan kepada kanak-kan4k tetapi juga kepada ibu bapa dan berkongsi maklumat atau pengalaman antara satu sama lain.
“Kita juga turut membabitkan wakil seperti doktor, tentera, peguam serta pegawai bank, dalam sesi luahan hati dan perkongsian pengalaman supaya mereka berasa tidak keseorang4n ketika memb4ntu ahli keluarga berjuang melawan penyakit itu,” katanya ketika ditemui.