Nilai kerosak4n akibat gemp4 bumi Turkiye, RM159 bilion

Washington: Dua gempa bumi besar yang melanda Turkiye pada 6 Februari lalu, menyebabkan kerosakan fizikal langsung bernilai kira-kira AS$34.2 bilion (kira-kira RM159 bilion).

Menurut Bank Dunia pada Isnin, jumlah kos pembinaan semula dan pemulihan yang ditanggung negara itu mungkin dua kali lebih tinggi.

Pengarah Negara Bank Dunia untuk Turkiye, Humberto Lupez memberitahu, pihaknya menjangka gempa bumi itu akan mengurangkan sekurang-kurangnya 3.5 hingga 4 peratus daripada ramalan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar Turkiye iaitu sebanyak pada tahun ini.

“Keadaan di Syria, yang turut terjejas akibat gempa bumi, adalah benar-benar malapetaka”, kata Naib Presiden Kumpulan Bank Dunia untuk Eropah dan Asia Tengah, Anna Bjerde.

Bank itu akan mengeluarkan anggaran kerosakan berasingan untuk Syria pada Selasa.

Bjerde berkata, penilaian awal kerosakan pantas untuk Turkiye sebanyak AS$34.2 bilion (kira-kira RM159 bilion) adalah bersamaan dengan kira-kira 4 peratus daripada pengeluaran ekonominya pada 2021.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk kesan tidak langsung atau sekunder terhadap pertumbuhan ekonominya, atau gempa bumi terbaru seminggu lalu.

“Pengalaman kami ialah keperluan pembinaan semula boleh mencapai setinggi dua hingga tiga kali ganda daripada anggaran kerosakan fizikal langsung,” katanya.

Gempa bumi pada 6 Februari dengan magnitud 7.8 dan 7.5, yang paling dahsyat dalam sejarah Turkiye moden, mengorbankan lebih 44,300 individu.

Bank Dunia berkata, gempa bumi itu diikuti oleh lebih 7,500 gegaran susulan sekali gus menjadik4n ia bencana terbesar yang melanda Turkiye dalam tempoh lebih 80 tahun.

About Mat Lan Editor

Check Also

Pendakw4an mohon semua kes Muhyiddin dibic4ra bersama

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan memohon supaya empat kes menggunakan kedudukan dan tiga kes menerima wang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *